Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Melayu. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

T.A

Aku manusia yang paling takut diaibkan.
Ditelangjangbogelkan depan manusia lainnya walau hanya dengan kata-kata.

Wednesday, April 6, 2011

Kisah mual

Hoi perempuan,
Maaf agak kasar, tapi aku sudah mual.
Hentikanlah kisah sedih kau itu.
Yang sudah terlalu kau kisahkan.
Kisah betapa kau ini kesunyian, kawan sekeliling tak endah.
Kisah kau ini semua bakat tak ada, tiada apa dalam diri kau yang boleh dibangga cerita.
Kisah keluarga kau yang sering teraniaya dan kau hidup tanpa mewah harta.

Maaf agak kasar, tapi aku sudah mual.
Hentikanlah air mata palsu yang kau perah paksa itu.
Yang sudah terlalu sering kau alirkan.

Pernah kau merasa ke sekolah dengan seragam yang tak tahu siapa tuan asalnya?
Pernah kau tidur malam bertemankan risau kerana bila-bila masa kau akan dihalau oleh tuan rumah?
Pernah kau mengikat perut seharian kerana ayah tak berkudrat untuk mengutip tin dan botol hari ini?
Pernah kau hidup dengan caci maki kawan kerana seluar senaman kau lusuh dan koyak-koyak.

Kalau kau masih cukup makan 3 kali sehari walau lauk tak meriah,
Kalau kau masih mampu ke sekolah dengan duit belanja walau tak mewah,
Kalau kau masih boleh tidur malam walau tilam tak berjenama,
Kalau kau masih punya pakaian sekurang-kurangnya 3 walau sudah pudar warnanya,
Hentikanlah kisah sedih kau itu.
Maaf agak kasar, tapi aku sudah mual.

Merendah diri dan merendah-rendahkan diri itu tersangat beza.

Sunday, April 3, 2011

TERIMA

Biar rongak giginya.

Biar kengkang jalannya.

Biar botak rambutnya.

Saya terima juga.

Tak mengapa kalau yang diluar sana cerca.

Tak mengapa kalau yang diluar sana hina.

Tak mengapa juga kalau yang diluar sana ludah.

Saya terima juga.

Mari sini kongsikan masalah jiwa.

Mari sini alirkan airmata.

Mari sini nyanyikan duka lara.

Saya terima juga.

Kita sama kita.

Tak sama sempurna.

Tak tentu betulnya.

Tak tahu serasinya.

Saya terima juga.

Paling perit kalau dikongsi seorang.

Paling jahanam kalau diharung seorang.

Paling sakit kalau disimpan seorang.

Mari sini kita kongsi, harung sama kita-kita.

SEMALAM, HARI INI, ESOK

Semalam satu,

Hari ini dua,

Esok tiga.

Semalam gementar,

Hari ini lega,

Esok gembira.

Semalam kekasih,

Hari ini suami isteri,

Esok ibu bapa.

Semalam coupe,

Hari ini convertible,

Esok MPV.

Selamat Pengantin Baru!

AKU ORANG KATA

Aku benci bangun pagi,

Aku tidak gemar menjawap panggilan,

Aku fobia sama kucing,

Aku taksub sama MINI,

Aku lebih gemar tshirt dari blaus,

Aku masih keliru antara maskara dan eyeliner,

Aku alergi sama segala berwarna merah jambu.

Orang kata aku terlalu lembut hati,

Orang kata aku ini terlalu garang,

Orang kata aku ini jalan kengkang,

Orang kata aku ini terlalu kasar,

Orang kata aku ini terlalu jiwa-jiwa,

Orang kata aku ini berminda orang tua.

SIAPA SI APA

Apa akan kau bagi pada si gadis yang menjual tubuhnya?

Si gadis yang menjual tubuhnya hanya untuk merasa diperlukan, dihargai.

Apa akan kau bagi pada si anak kecil yang mengemis dijalanan?

Si anak kecil yang mengemis hanya untuk merasa berguna pada keluarga.

Apa akan kau bagi pada si ibu yang mengutip tin dan kotak dicelahan sampah?

Si ibu yang mengutip tin dan kotak dicelahan sampah hanya untuk merasa bahagia lihat anak-anaknya makan berlaukkan ayam goreng.

Apa akan kau bagi pada si bapa yang bekerja sebagai kaki pukul upahan?

Si bapa yang bekerja sebagai kaki pukul upahan hanya untuk mengaburi samseng jalanan yang lain.

HATI-HATI

Hati,

Biar dia pergi,

Mungkin lebih baik.

Hati,

Janganlah begini,

Nanti kau sakit.

Hati,

Sabar,

Kuatlah,

Mungkin nanti.

Hati.

Aku jua tidak mengerti,

Aku jua tidak mau dia pergi,

Aku jua mau dia mengerti.

Hati,

Biarlah,

Ini yang terbaik,

Dia takkan pernah mengerti,

Dia takkan pernah lihat,

Aku sudah lelah menanti.

KEHADAPAN ALEXANDER

Kehadapan Alexander,

Ku kirimkan ini tanda maaf,

Agar hatiku lebih tenang,

Agar aku bisa terbang.

Kau takkan pernah mengerti,

Kau takkan bisa melihat,

Dan aku,

Aku takkan pernah sabar,

Aku takkan pernah berhenti.

Kehadapan Alexander,

Semoga ini yang terakhir,

Semoga ini noktah segala,

Bahagialah kau disana.

Aku akan terus melangkah,

Aku cuba,

Aku tidak akan berpaling,

Aku ingin,

Aku tidak boleh.

SAHABAT

Sahabat di sana,

Ajarkan aku erti persahabatan,

Agar aku tau menghargaimu.

Sahabat di sana,

Ajarkan aku setia,

Agar aku tidak meninggalkanmu.

Sahabat di sana,

Ajarkan aku erti gembira,

Agar aku ceria bila bersama.

Sahabat di sana,

Aku tau kau sahabatku,

Aku tau kau setia,

Aku tau kau gembira.

Aku tidak pernah lafazkannya,

Aku tidak pernah tunjukkannya,

Tapi,

Kau fahamilah aku,

Kau mengertilah aku.

BEZA DUA

Kau kawan aku.

Dia juga kawan aku.

Tak perlu kau burukkan dia.

Dia juga tidak burukkan kamu.

Kau bahagia dengan dia.

Dia juga bahagia dengannya.

Tak perlu kau kisahkan dia.

Dia juga tidak kisahkan kamu.

Tolong jangan biar aku tersepit ditengah.

Jangan biar aku disimpang.

Jangan sampai aku terbelah.

Jangan sampai aku melambung.

Kau kawan aku.

Dia juga kawan aku.

4 PENJURU

Aku ini yang kadang jalannya canggung,

Aku ini yang kadang pakainya lagak orang bingung.

Ya, akulah itu yang selalu kelam kabut,

Yang selalu kusut dan repot.

Aku itu terkadang jua takut,

Aku itu terkadang sering mengarut,

Aku itu terkadang jua hanyut.

Tapi apa perlu aku diserabut.

Seorang di kiri aku, bimbing aku elak hanyut,

Seorang dikanan aku, bimbing aku dari kabut,

Seorang di belakang aku, bimbing aku dari mengarut,

Seorang di hadapan aku, bimbing aku dari takut.

Ya, aku ada mereka, empat kesemuanya,

Supaya aku tak perlu takut, mengarut, kabut, hanyut.

Andai mereka pergi jauh, harap tidak lupakan aku,

Andai mereka telah jenuh, harap tidak benci aku.