Hoi perempuan,
Maaf agak kasar, tapi aku sudah mual.
Hentikanlah kisah sedih kau itu.
Yang sudah terlalu kau kisahkan.
Kisah betapa kau ini kesunyian, kawan sekeliling tak endah.
Kisah kau ini semua bakat tak ada, tiada apa dalam diri kau yang boleh dibangga cerita.
Kisah keluarga kau yang sering teraniaya dan kau hidup tanpa mewah harta.
Maaf agak kasar, tapi aku sudah mual.
Hentikanlah air mata palsu yang kau perah paksa itu.
Yang sudah terlalu sering kau alirkan.
Pernah kau merasa ke sekolah dengan seragam yang tak tahu siapa tuan asalnya?
Pernah kau tidur malam bertemankan risau kerana bila-bila masa kau akan dihalau oleh tuan rumah?
Pernah kau mengikat perut seharian kerana ayah tak berkudrat untuk mengutip tin dan botol hari ini?
Pernah kau hidup dengan caci maki kawan kerana seluar senaman kau lusuh dan koyak-koyak.
Kalau kau masih cukup makan 3 kali sehari walau lauk tak meriah,
Kalau kau masih mampu ke sekolah dengan duit belanja walau tak mewah,
Kalau kau masih boleh tidur malam walau tilam tak berjenama,
Kalau kau masih punya pakaian sekurang-kurangnya 3 walau sudah pudar warnanya,
Hentikanlah kisah sedih kau itu.
Maaf agak kasar, tapi aku sudah mual.
Merendah diri dan merendah-rendahkan diri itu tersangat beza.
No comments:
Post a Comment